Terbuka Miami: Sinner teruskan rentak kemenangan atasi Ruusuvuori

Muzaffar Musa
Mac 30, 2023 05:23 MYT
Pemain pilihan ke-10 dari Itali, Jannik Sinner, tidak berdepan masalah untuk menewaskan Emil Ruusuvuori bagi melayakkan diri ke separuh akhir Kejohanan Tenis Terbuka Miami hari ini.
Kejayaan itu juga menyaksikan Sinner meneruskan rentetan kemenangannya kepada 20 perlawanan berturut-turut.
Sinner hanya melepaskan satu mata sewaktu melakukan servis pertama untuk mencatatkan kemenangan 6-3, 6-1 ke atas lawan dari Finland itu selepas bertarung selama sejam dan 16 minit.
Pemain berusia 21 tahun itu seterusnya akan bertemu sama ada pemain pilihan utama dan juara bertahan, Carlos Alcaraz, atau juara Terbuka Indian Wells, Taylor Fritz, bagi penentuan ke final.
Sinner kini merekodkan 20-4 sejak permulaan tahun 2023 dan hanya Daniil Medvedev (26-3) dan Cameron Norrie (21-5) mempunyai rekod lebih baik.

Final four fox ?? Just 23 games dropped all @MiamiOpen as @janniksin ousts Ruusuvuori 6-3, 6-1 to hit the semis#MiamiOpen pic.twitter.com/bqdqiz9nTv

— ATP Tour (@atptour) March 29, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#ATP #Tenis #Jannik Sinner #Tenis Terbuka Miami