Rafael Nadal mencalarkan sambutan hari jadi Carlos Alcaraz untuk memulakan kempen Kejohanan Tenis Terbuka Madrid dengan bergaya.

Pemain nombor dua dunia itu melangkah ke peringkat 16 dengan kemenangan 6-1, 6-2, tengah malam tadi.

Selepas disingkirkan Andrey Rublev dalam babak lapan terbaik Masters Monte Carlo, Nadal bangkit untuk memenangi Terbuka Barcelona bulan lalu.

Pemain peluang khas yang mencecah usia 18 tahun, Alcaraz, diraikan apabila penonton menyanyikan ucapan selamat ulang tahun kepadanya.

Begitupun, permainannya masih belum mampu mencuri tumpuan ketika berdepan pemain pujaannya itu untuk Nadal menuju kemenangan selepas 78 minit bertarung.

Juara lima kali itu mencipta lima daripada tujuh mata 'break point' tatkala legenda Real Madrid, Iker Casillas dan Raul, muncul sebagai penonton




Nadal akan menentang pemenang straight-set, Alexei Popyrin, yang menundukkan bintang yang semakin mencipta nama, Jannik Sinner, dalam pusingan seterusnya.

Sementara itu, pilihan kedua, Daniil Medvedev, terpaksa berjuang untuk memusnahkan harapan wakil tuan rumah, Alejandro Davidovich Fokina, 4-6, 6-4, 6-2.

Ia kemenangan pertamanya dalam tujuh kejohanan tanah liat Jelajah ATP.

"Saya gembira dengan kemenangan ini," kata pemain Russia itu.

"Set pertama tidak mudah dan saya fikir ia akan menjadi gelanggang di mana saya membuat 25 break point tetapi masih gagal menang.

"Saya akhirnya beraksi dengan cukup baik selain bermain dengan baik dalam set ketiga. Gelanggang Madrid sedikit lebih pantas daripada kejohanan tanah liat yang lain, jadi ia bagus untuk corak permainan saya."

Kemenangan itu menyaksikan Medvedev melebarkan rekodnya kepada 18-3 musim ini, seterusnya akan menentang Cristian Garin dari Chile.

Rakan senegaranya, Aslan Karatsev, mengalahkan Diego Schwartzman 2-6, 6-4, 6-1 bagi mengulangi kejayaannya ke atas lawan sama dalam Terbuka Australia tahun ini.

Karatsev akan menghadapi Alexander Bublik selepas mencipta kemenangan keempat ke atas 10 pemain terbaik tahun ini.