Terbuka Madrid: Alcaraz terima hadiah hari lahir bertemu Nadal

Muzaffar Musa
Mei 4, 2021 00:52 MYT
Pemain peluang khas berusia 17 tahun, Carlos Alcaraz, akan berdepan Rafael Nadal dalam perlawanan pusingan kedua Kejohanan Tenis Terbuka Madrid selepas pemain pilihan utama itu turun memulakan kempennya malam ini.
Alcaraz, yang melakukan penampilan dalam Masters 1000 ATP buat kali kedua, mempamerkan aksi menarik ketika menyingkirkan wakil Perancis, Adrian Minnarino, 6-4, 6-0.
Pemain remaja itu, yang akan berdepan Nadal pada hari ulang tahun kelahirannya yang ke-18 esok, memperoleh 19 winner bagi menumbangkan lawan yang lebih berpengalaman itu untuk memperoleh ganjaran terbesar dalam kariernya.
Dia menjadi pemain termuda meraih kemenangan dalam kejohanan itu dan memadamkan rekod yang dipegang Nadal sebelum ini.
"Bagi saya, (untuk) bermain menentang Rafa adalah impian menjadi kenyataan." kata Alcaraz ketika mempersiapkan dirinya bagi menentang juara 20 kali kejohanan grand slam itu.
"Sejak kecil, saya berharap dapat bermain menentang Rafa dan kini saya berada di sini, di Gelanggang Tengah La Caja Magica di Madrid. Ia perlawanan yang amat istimewa menentang Rafa."
Dia berkata kepada Tennis Channel: "Ia merupakan hadiah terbaik buat hari lahir saya."

An all-?? showdown in Madrid you won't want to miss ?@RafaelNadal takes on @alcarazcarlos03 in the second round! ?: carlitosalcarazz (IG) | #MMOpen pic.twitter.com/xjI3jCp3GM

— ATP Tour (@atptour) May 3, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Rafael Nadal #ATP #Tenis #Tenis Terbuka Madrid