Terbuka Luxembourg: Tauson tepati ramalan, muncul juara

Ammar Hakim
September 20, 2021 01:04 MYT
Clara Tauson mengatasi Jelena Ostapenko untuk meraih gelaran Jelajah WTA kedua bagi tahun ini di Terbuka Luxembourg.
Tauson, pemain terakhir yang mengatasi juara Terbuka AS, Emma Raducanu, disingkirkan finalis Sukan Olimpik, Marketa Vondrousova, dalam perjalanan ke final sebelum mengambil satu lagi langkah dalam pertembungan semalam.
Juara bertahan dari 2019, Ostapenko gagal menghalang pemain berusia 18 tahun itu yang menang 6-3, 4-6, 6-4.
Tauson, yang mengatasi Raducanu di Chicago Ogos sebelum saingan grand slam terakhir di New York, di mana ditewaskan ole Ash Barty, melakukan lapan servis ace dan hanya satu double fault sepanjang perlawanan.
Memenangi set pertama dalam tempoh 30 minit, sebelum Ostapenko bangkit untuk membawa perlawanan ke set penentuan.
Bagaimanapun, pemain ke-70 dunia itu berada di tahap berbeza buat Ostapenko selepas mempamerkan permainan cemerlang sebelum merakamkan kemenangan.

Hey there, champ ? Tauson | #LuxembourgOpen pic.twitter.com/OzJrtjb7Bk

— wta (@WTA) September 19, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Jelena Ostapenko #Clara Tauson #Terbuka Luxembourg