Roger Federer berada dalam undian untuk Terbuka AS, tetapi masih belum jelas sama ada dia akan mengambil bahagian dalam grand slam terakhir bagi tahun ini.

Persatuan Tenis Amerika Syarikat mengesahkan semalam bahawa Federer merupakan antara enam bekas juara yang memasuki terus ke dalam undian saingan.

Federer bulan ini telah menarik diri daripada Sukan Olimpik, ekoran masalah kecederaan lutut, di mana dia melakukan dua pembedahan tahun lalu.

Bekas pemain Switzerland itu, meluahkan keinginan untuk kembali beraksi, dengan Flushing Meadows menawarkan peluang terakhir untuk dia menambah 20 gelaran utama pada tahun 2021.

Juara lima kali di New York, Federer belum pernah mara ke final Terbuka AS sejak 2015.

Dalam usaha pemain perseorangan wanita, Naomi Osaka dan Serena Williams masing-masing mendapatkan tempat dalam saingan tersebut.

Juara bertahan, Osaka, terlepas saingan Wimbledon apabila menarik diri daripada Terbuka Perancis selepas tamat pusingan pertama ekoran mahu memastikan kesihatannya terjaga berikutan memilih untuk tidak menyertai sidang media pasca perlawanan.

Williams turut masih menunggu peluang untuk menjulang gelaran ke-24, pemain berusia 39 tahun itu dipaksa menarik diri dalam pusingan pertama Wimbledon ekoran kecederaan kaki kanan.