Pemain nombor satu dunia yang sedang memburu sejarah, Novak Djokovic, mara ke pusingan ketiga Kejohanan Tenis Terbuka Amerika Syarikat (AS) selepas menewaskan Tallon Griekspoor 6-4, 6-3, 6-2 hari ini.

Djokovic meletakkan misi untuk menjadi pemain ketiga memenangi kesemua empat gelaran grand slam dalam satu musim -- buat kali pertama sejak Rod Laver melakukannya pada 1969.

Pemain pilihan utama itu, yang turut memburu rekod 21 gelaran grand slam -- kini terikat 20 kejuaraan dengan Rafael Nadal dan Roger Federer -- hanya memerlukan sejam dan 39 minit untuk menamatkan saingan Griekspoor di Stadium Arthur Ashe.

Menantinya dalam pusingan ketiga adalah bintang Jepun dan finalis edisi 2014, Kei Nishikori.