Tayangan Skrin Besar: Bukit Jalil tiada dalam senarai


Mac 18, 2024 10:22 MYT
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) kembali dengan Program Tayangan Skrin Besar sempena perlawanan ketiga kelayakan Piala Dunia/Piala Asia.
Malaysia akan turun dengan misi untuk mengekalkan pendahuluan dalam Kumpulan D apabila bertemu Oman di Muscat, awal pagi Jumaat ini.
KBS akan menayangkan kedua-dua perlawanan di beberapa venue terpilih di negeri-negeri terpilih.
Apa pun, Rumah Harimau Malaya, Stadium Nasional Bukit Jalil, tidak tersenarai dalam acara kali ini.
#Kelayakan Piala Dunia/Piala Asia #Tayangan Skrin Besar