Lionel Messi sesuai beraksi di Manchester City selepas masa depannya masih lagi belum ditentukan di Barcelona, menurut Pablo Zabaleta.

Bintang Barca, Messi, bakal kehabisan kontrak pada penghuung musim ini dan pemenang Ballon Or enam kali itu telah dikaitkan dengan juara Ligue 1, Paris Saint-Germain (PSG) dan gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL) City.

Berhijrah ke City buat Messi bermakna dia akan kembali bergandingan bersama bekas pengendali Barca, Pep Guardiola -- gandingan itu memenangi dua gelaran Liga Juara-Juara (UCL) dan tiga gelaran LaLiga di antara 2008 dan 2012.

Bekas pertahanan City dan Argentina, Zabaleta, menyokong rakan senegaranya itu bertukar dari Barcelona kepada Manchester.


"Sekiranya Lionel Messi memutuskan untuk meninggalkan Barcelona dan dia mahu bermain di liga terbaik, maka dia harus mengalami sendiri pengalaman di EPL," kata Zabaleta.

"Ini adalah sesuatu yang menarik minatnya -- kerana setiap pemain yang saya kenal selalu bertanya kepada saya apa perasaan beraksi dalam EPL.

"eo telah berada di La Liga selama bertahun-tahun dan saya rasa ia akan menjadi tarikan besar untuk dia mengalami bola sepak Inggeris. Dan Manchester City menawarkan keadaan yang sempurna.

"Dia sangat mengenali Pep, dia tahu [pengarah sukan] Txiki Begiristain dan [ketua eksekutif] Ferran Soriano -- dan juga Sergio Aguero.

"ni akan menjadi keputusan besar sekiranya Leo meninggalkan Barcelona. Tetapi jika itu yang dia mahukan, maka adalah baik baginya untuk pergi ke kelab yang mempunyai orang yang sudah ada yang dapat membantunya menyesuaikan diri.

"Ketika anda berada di satu kelab sejak sekian lama, berpindah ke tempat baru boleh menjadi sangat aneh.

"Saya pasti kelab seperti PSG dan Juventus turut berminat mendapatkannya, tetapi pandangan saya adalah City adalah tempat terbaik untuk berhijrah selepas Barcelona."