Tamat kuarantin COVID-19, Ibrahimovic ketuai Milan jumpa Inter

Shaiful Shamsudin
Oktober 10, 2020 01:00 MYT
Zlatan Ibrahimovic pulih daripada COVID-19 selepas dua keputusan negatif ujian calitan, demikian Milan mengesahkannya.
Penyerang berusia 39 tahun itu dijangkiti pandemik berkenaan bulan lalu yang mengakibatkannya terlepas empat perlawanan bersama Milan.
Milan, yang akan menghadapi Inter dalam pertembungan 'derby' pada 18 Oktober depan selepas rehat antarabangsa, mengesahkan Ibrahimovic sudah tidak mengasingkan diri lagi.
"AC Milan mengumumkan bahawa Zlatan Ibrahimovic telah diuji negatif dalam dua ujian calitan berturut-turut," kata kelab itu dalam satu kenyataan.
"Pihak Berkuasa Kesihatan Kota Milan telah menghentikan kuarantin terhadapnya."
Bekas bintang Sweden itu sempat mengatakan bahawa ia satu "idea buruk buat virus tersebut untuk mencabarnya" sebaik dia didapati positif, lantaran itu dia dengan gembira menawarkan kemas kini perkembangan positifnya di media sosial malam tadi.
"Anda sudah pulih!" tulisnya di Twitter.
"Pihak berkuasa kesihatan telah memaklumkan bahawa program kuarantin saya sudah berakhir.
"Awak sudah boleh pulang!"

Sei guarito! Autorità sanitarie avvertite, la quarantena è finita. Puoi uscire! #fuckcovid19 #godiscomingforyou

— Zlatan Ibrahimović (@Ibra_official) October 9, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Ibrahimovic menandatangani kontrak selama semusim lagi dengan Milan pada Ogos lalu sejak kembali ke pangkuan kelab itu Januari lalu.
Dia telah menyumbat tiga gol dalam dua penampilan awal kempen ini sebelum dijangkiti virus itu.
#Zlatan Ibrahimovic #Serie A #Covid-19