TAL: Majlis Daerah Besut, DSPEX FC kekal rekod tanpa kalah

Tengku Danish Bahri
November 6, 2018 06:58 MYT
Pasukan Majlis Daerah Besut (MDB) mengekalkan rekod tanpa kalah aksi Liga Amatur Terengganu (TAL) selepas menang 3-2 ke atas BTK FC dalam aksi keenam TAL 2018.
Keputusan diraih merupakan kemenangan keempat sekaligus memimpin carta liga dengan 14 mata manakala Island FC yang terikat 3-3 dengan FC Pemanis, di tangga kedua mengumpul 13 mata.
Juara TAL 2017, Real Chukai FC, pula mula mendapat rentak di kedudukan ketiga memungut 11 mata selepas menang 2-0 mengatasi Persatuan Bola Sepak Melayu Terengganu (PBSMT) Lanjerket.
Turut mencatat kemenangan Gemuda FC yang membenam Ayahnda FC 4-1 manakala CND FC tewas tipis 0-1 kepada Kebilal FC.
Sementara itu, dalam saingan Liga Perdana menyaksikan DSPEX FC terus cemerlang meraih kemenangan keenam berturut-turut menumpaskan Real Grebar FC, 4-2.
Mengekori rapat di tangga kedua Markless ST dengan 15 mata apabila menang 2-0 mengecewakan Raja Permin FC.
Berbaki tiga perlawanan, aksi semakin sengit buat kesemua pasukan merebut posisi terbaik seterusnya merebut kejuaraan mutlak TAL tahun ini.
Kredit foto: Liga Amatur Terengganu (TAL)