Tahap keyakinan Ansu Fati tidak normal, kata Luis Enrique

Muzaffar Musa
September 7, 2020 02:37 MYT
Luis Enrique berkata tahap keyakinan Ansu Fati merupakan "sesuatu yang tidak normal" selepas pemain muda Barcelona itu mencipta sejarah ketika Sepanyol menewaskan Ukraine 4-0 dalam perlawanan Liga Negara-Negara Eropah di Madrid awal pagi tadi.
Pemain remaja itu memenangi sepakan penalti yang disudahkan Sergio Ramos pada awal permainan sebelum menjaringkan gol ketiga pasukan itu menerusi sentuhan gemilangnya sebelum waktu rehat separuh masa.
Jaringan Fati itu menjadikannya sebagai penjaring termuda dalam sejarah bola sepak Sepanyol -- pada usia 17 tahun dan 311 hari -- dan ketua jurulatih, Luis Enrique, percaya pemain dengan bakat luar biasa itu akan tetap merendah diri.

1 - Ansu Fati in his first start for Spain ??: 1 goal 6 shots - 1st in match 2 shots on target 2 chances created 6 dribbles attempted - 1st in match 10 touches in opp box - 1st in match 1 penalty won - 1st in match Spectacular. pic.twitter.com/6uPX8FXMgG

— OptaJose (@OptaJose) September 6, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Saya tidak takut. Saya pasti itulah yang berada dalam fikirannya. Dia amat rendah diri," katanya dalam sidang media mengenai penampilan pertama Fati sebagai kesebelasan utama pasukan itu.
"Kami akan memikirkan cara untuk menguruskannya. Walaupun saya mengenalinya, sudah pasti dia mengejutkan saya. Dia melakukannya seawal minit kedua (dengan memenangi sepakan penalti).
"Sudah pasti dia akan berdepan hari yang buruk tetapi tahap keyakinannya itu bukan sesuatu yang normal untuk dilihat.
"Ansu Fati amat gembira dan dia ada sebab untuk berasa seperti itu.
"Dia baru berusia 17 tahun dan perlu menjadi matang tetapi dalam perlawanan keduanya bersama pasukan kebangsaan ini, dia berani untuk melakukan semua perkara itu.
"Dia berusaha keras dan amat rendah diri. Pada usianya, banyak perkara boleh mengganggu fikiran anda tetapi dia cukup matang untuk menyedari bahawa laluan yang dipilihnya ini merupakan yang terbaik.
"Dia amat tenang dan rendah diri," katanya.
#Luis Enrique #Sepanyol #Ukraine #Ansu Fati #Liga Negara-Negara Eropah