Pengendali Switzerland, Vladimir Petkovic, berpandangan kelibat Xherdan Shaqiri dan Granit Xhaka beraksi untuk Liverpool dan Arsenal memberi keuntungan kepada skuad kebangsaan.

Shaqiri membantu Liverpool menjulang Liga Juara-Juara (UCL) minggu lalu tetapi persembahannya ketika melakar kebangkitan ke atas Barcelona amat menakjubkan, namun bekas bintang Bayern Munich itu bergelut untuk mendapatkan tempat dalam kesebelasan utama.

Sebaliknya, Xhaka merupakan pilihan utama Unai Emery dalam barisan utama Arsenal, namun persembahannya sering diberi kritikan dan saingan kelabnya berakhir dengan kekalahan 4-1 kepada Chelsea dalam aksi final Liga Europa.

"Saya boleh mengatakan Xhaka merupakan pemain paling bernilai pasukan. Dia menghadirkan keseimbangan dalam pasukan," kata Petkovic.

"Dia sangat beruntung kerana bermain dengan 10 lagi pemain bertaraf dunia.

"Mengenai Arsenal, saya tidak mahu bercakap lebih tentang mereka tetapi saya menyaksikan perlawanan tersebut.

"Xhaka merupakan salah seorang pemain terbaik."

Shaqiri mendedahkan keinginannya untuk kekal di Anfield dan Petkovic menjelaskan pemain tersebut berada dalam keadaan terbaik.

"Saya tidak bimbang mengenai Shaqiri kekal di Liverpool. Saya melihat dia berada di tahap terbaik."