Xavi percaya Barcelona 'berada di landasan yang betul' walaupun mereka tewas 3-2 dalam separuh akhir Supercopa de Espana kepada Real Madrid awal pagi tadi.

Federico Valverde menjaringkan gol penentuan dalam masa tambahan apabila Ansu Fati menyamakan kedudukan tujuh minit sebelum 90 minit waktu permainan.

Vinicius Junior terlebih dahulu meletakn Los Blancos mendahului sebelum Luuk de Jong menyamakan kedudukan, pemain kebangsaan Belanda itu menjaringkan tiga gol berturut-turut buat pertama kali sejak tiba di Sepanyol.

Karim Benzema memulihkan pendahuluan Madrid sebelum Fati menyamakan kedudukan buat Barca.

Barca melakukan 20 percubaan dalam kekalahan itu, dengan enam tepat ke sasaran -- jumlah tertinggi mereka dalam El Clasico sejak April 2006, apabila mereka mempunyai 35 percubaan di bawah Frank Rijkaard.

Xavi gembira dengan persembahan pasukannya dan berkata pemainnya boleh berbangga dengan usaha mereka.

“Saya fikir kami lebih baik daripada Real daripad segi permainan, penguasaan, dan kami mengawal permainan,” katanya kepada Movistar.

"Kami mengambil banyak risiko dan kami tahu cara mengawal peralihan, dan ini adalah cara untuk bersaing.

"Pada akhirnya, kemenangan tidak menyebelahi kami.

"Kami boleh pulang dengan bangga kerana kami telah bersaing dengan mereka dan ia adalah satu langkah ke hadapan walaupun dengan keputusan itu.

"Kami berada di landasan yang betul dan walaupun ia bukan titik perubahan daripada segi keputusan, ia adalah daripada segi cara kami bermain dan perasaan kami."