Federico Valverde menjaringkan gol pada masa tambahan ketika Real Madrid mara ke final Supercopa de Espana dengan kemenangan 3-2 ke atas Barcelona.

Vinicius Junior memberikan Madrid pendahuluan sewajarnya selepas pertengahan separuh masa pertama di Riyadh, namun Luuk de Jong memastikan kedua-dua pasukan itu menamatkan separuh masa dengan kedudukan seri 1-1.

Karim Benzema mengembalikan kelebihan Los Blancos pada minit ke-72, hanya untuk memberikan Ansu Fati untuk menyamakan kedudukan buat skuad kendalian Xavi sekali lagi tujuh minit sebelum tamat 90 minit.

Valverde meledak kemenangan dalam masa tambahan sekaligus membawa mereka ke final Ahad ini bertemu di antara Atletico Madrid atau Athletic Bilbao, yang bakal bersaing awal pagi ini.