Sukar untuk pikat Xabi Alonso ke Bayern Munich -- Uli Hoeness

Ammar Hakim
Mac 29, 2024 00:13 MYT
Pengendali sasaran Liverpool, Xabi Alonso, tidak mungkin meninggalkan pendahulu Bundesliga, Bayer Leverkusen, menurut presiden kehormat Bayern Munich, Uli Hoeness.
Pengurus berusia 42 tahun itu, yang menjulang trofi Liga Juara-Juara pada 2005 semasa musim sulungnya bersama The Reds, telah disebut-sebut secara meluas sebagai pengganti Jurgen Klopp, yang mengumumkan Januari lalu akan berundur pada penghujung musim selepas lapan tahun setengah di Anfield.
Bayern dianggap sebagai salah satu kelab lain yang meminati khidmat pengendali kelahiran Sepanyol itu, tetapi Hoeness sangat pesimis tentang peluang sesiapa sahaja untuk memikat Alonso dari Leverkusen.
Dia memberitahu Das Erste, “Kami perlu melihat sama ada kami boleh melakukannya tahun ini.

The boys are back ?#Bayer04 #Werkself pic.twitter.com/5gWCUs82xh

— Bayer 04 Leverkusen (@bayer04_en) March 28, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
“Ia akan menjadi sukar, jika tidak mungkin mustahil. (Alonso) lebih cenderung untuk kekal di Bayer Leverkusen memandangkan kejayaan semasa mereka, kerana dia tidak mahu meninggalkan mereka.
"Katakan jika dia mempunyai dua atau tiga tahun lagi kejayaan, mungkin lebih mudah untuk membawanya keluar dari sana."
Anak buah Alonso berada di landasan untuk merangkul kejuaraan Bundesliga pertama dalam sejarah kelab, dengan kelebihan 10 mata di depan Bayern Munich di tempat kedua.
#Liverpool #Bayern Munich #EPL #Uli Hoeness #Xabi Alonso