Ketua jurulatih Chelsea, Thomas Tuchel memuji N'Golo Kante setelah bintang The Blues hadir sebagai pemain gantian serta menjaringkan gol dalam kemenangan 3-0 saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) ke atas Tottenham.

Kante, Thiago Silva dan Antonio Rudiger menemui sasaran dalam separuh masa kedua selepas penyandang juara, Chelsea, mengatasi Tottenham semalam.

Silva membuka jaringan empat selepas separuh masa kedua bersambung sebelum Kante menggandakan jaringan ketika menghampiri 60 minit waktu perlawanan, dan Rudiger melengkapkan kemenangan bergaya Chelsea dalam masa kecederaan.

Tiga daripada empat jaringan Kante dalam saingan EPL terhasil daripada luar kotak penalti dan Tuchel memuji pemain kebangsaan Perancis itu selepas Chelsea mendahului saingan liga menerusi perbezaan jaringan.



"Jika anda memiliki N'Golo [Kante] di bangku simpanan dan mahu meningkatkan corak permainan, dia adalah pemain terbaik untuk dibawa masuk kerana dia seorang yang unik dan mampu mengubah apa-apa momentum," kata Tuchel.

"[Bersamanya] anda memiliki segala-galanya yang diperlukan di bahagian tengah, kadar kerja yang tinggi, mampu merampas bola daripada pasukan lawan, berkemahiran tinggi, dan mampu menghasilkan jaringan. Saya melihatnya setiap hari dalam latihan sukar untuk percaya betapa bagusnya Kante.

"Dia tidak pernah buat silap, sentiasa bermain dengan baik walaupun dalam latihan. Seorang yang sangat unik."