Jurulatih skuad projek FAM-MSN, Yusri Che Lah, yakin skuad B22 negara mampu merampas pingat emas Sukan SEA Vietnam, tahun depan.

Ia susulan prestasi mantap anak buah Brad Maloney yang layak secara ke pusingan akhir Kejohanan Asia B23 di Uzbekistan, tahun depan selepas muncul juara Kumpulan J dengan rekod tanpa bolos.

Kali terakhir Malaysia menang pingat emas Sukan SEA ialah pada 2011 di Indonesia.