Cukup dengan 10 penampilan, penerjun negara, Leong Mun Yee tidak akan menunggu Sukan SEA Vietnam dan pengesahan mengenai Sukan SEA yang akan dilangsungkan Mei 2022 juga masih mampu merubah pendirian Mun Yee untuk bersara hujung tahun ini.

Skuad terjun negara terpaksa melupakan khidmat Mun Yee yang bertekad untuk bersara, Disember ini.

"Saya berasakan mungkin tidak akan beraksi dalam Sukan SEA di Vietnam tahun depan kerana terdapat beberapa lagi kejohanan jadi perancangan saya akan menjadi lebih panjang," kata Mun Yee.

Penerjun berusia 37 tahun itu sudah menyertai 10 Sukan SEA dan meraih 17 pingat emas.

Walaupun Sukan SEA Vietnam hanya berbaki tujuh bulan lagi namun Mun Yee tidak akan menunggu sehingga temasya itu sebelum mengambil keputusan untuk bersara.

"Kenangan paling indah adalah beraksi sebagai tuan rumah pada edisi 2001 dan 2017 dengan kehadiran penyokong Malaysia, cukup indah sekali."

Mun Yee akan beralih tumpuan pada kehidupan peribadinya sekian lama terikat dengan komitmen sebagai atlet kebangsaan.