Chef-de-mission (CDM) Sukan SEA 2021, Datuk Hamidin Mohd Amin, menjelaskan tiada kompromi untuk dia mengubah objektif Skuad Projek FAM/MSN.

Skuad projek itu kekal dalam senarai ke Sukan SEA di Vietnam yang membawa maksud sasaran ibu emas dwi-tahunan berkenaan bukan keutamaan.

Sudah pasti ia satu kenangan manis melibatkan skuad bola sepak mahu dipahat sebagai sejarah buatnya yang menjadi orang penting dalam di Vietnam, hujung tahun ini.

Bagaimanapun, persetujuan dengan Majlis Sukan Malaysia (MSN) perlu dihormati dan keperluan skuad projek itu untuk terus dalam perancangan temasya berkenaan tidak boleh ditarik balik.

"Sasaran bola sepak (dalam edisi 2021) kekal untuk (perancangan) Sukan SEA yang berikutnya selain kelayakan Sukan Olimpik (2024).

"Skuad Projek FAM/MSN memiliki 30 pemain (yang berdaftar) bermain dalam Liga Perdana sementara 19 lagi pemain yang berada di luar," katanya dalam sidang media di Wisma FAM hari ini.

Pelantikan Hamidin selaku CDM Sukan SEA adalah kali pertama dalam sejarah membabitkan pemimpin Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).


Datuk Haji Hamidin dilantik CDM Sukan SEA 2021 Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia yang juga Presiden Malaysian...

Posted by Football Association of Malaysia on Monday, March 8, 2021


Jika fokusnya sebelum ini adalah bola semata-mata, kini cabaran buat Hamidin kini lebih besar apabila melibatkan semua sukan yang dalam senarai pertandingan.

"Saya nak cepat jumpa pasukan-pasukan yang akan bertanding.

"18 dan 19 Mac ini saya berpeluang (jumpa persatuan) buat pertama kalinya.

"Selepas pemilihan jawatankuasa kemudian kami akan teruskan berikutnya.

"Saya ada idea, saya ada cara sendiri tetapi perlu memahami terlebih dahulu (SOP) prosedur operasi standard) yang ditetapkan oleh Majlis Sukan Negara (MSN) dan Majlis Olimpik Malaysia (MOM) khususnya."