Apabila melihat corak permainan yang ditampilkan Johor Darul Ta’zim (JDT) ketika perlawanan akhir Piala FA ketika bertemu Terengganu semalam telah menepati apa yang dijangkakan oleh penulis kerana JDT mempamerkan corak permainan yang berbeza sekali ketika bertemu Selangor minggu lalu.

Anak didik Hector Bidoglio bermain lebih berkeamatan dari wisel permulaan dimulakan hingga tidak memberi ruangkan kepada anak-anak buah Nafuzi Zain untuk mengusai bola.

Dengan formasi 4-3-3 yang sentiasa diguna pakai JDT banyak membantu pergerakkan pemain-pemain Harimau Selatan terutama ketika pergerakkan secara berpasukan baik ketika bertahan atau pun menyerang.

Jika diperhatikan peranan yang dimainkan Natxo Insa amat penting sekali kerana beliau merupakan jeneral di atas padang untuk Harimau Selatan itu. Karakternya yang keras itu ia telah berjaya mematikan setiap gerakkan Sang Penyu terutamanya mencari Faisal Halim dan dia juga berjaya mengawal rentak permainan JDT.



Sementara itu, Leandro Velazques dan Afiq Fazail banyak membantu mencorakkan serangan Harimau Selatan itu.

Dengan kreativiti yang ada mereka berjaya membentuk kombinasi yang baik di antara Arif Aiman,Bergson da Silva dan Fernando Forestieri untuk memberi tekanan kepada pertahanan Sang Penyu. Itu boleh dilihat dari padatiga gerakkan jaringan yang dijaringkan JDT, secara tidak langsung melemahkan semangat melawan yang kelab Pantai Timur itu pada awal-awal permainan.

Memiliki pemain-pemain yang berkualiti itu juga memberi kelebihan kepada Bidoglio untuk menyusun strategi dalam memusnahkan impian lawan untuk menjuarai Piala FA musim ini.

Namun, pujian juga harus diberikan kepada pemain-pemain Sang Penyu yang mempamerkan semangat melawan sehingga memberi tekanan pada benteng pertahanan JDT.

Ini juga merupakan perlawanan akhir yang akan diingati kerana kedua-dua pasukan itu bermain secara terbuka selain bermain dengan pantas mengikut identiti bola sepak mereka.