PSG 4 STRASBOURG 2

Ketiadaan Sergio Ramos dalam kesebelasan utama di celah kepadatan Stadium Parc des Princes sejak 29 Februari tahun lalu tampak lebih ditagih berbanding Lionel Messi ketika Paris Saint-Germain (PSG) mencipta kemenangan kemenangan 4-2 ke atas Strasbourg, awal pagi tadi.


Jaguh Ligue 1 itu hilang khidmat trio berkenaan termasuk Neymar dan Marquinhos tetapi ia masih belum cukup untuk menggugat skuad kendalian Mauricio Pochettino tersebut.

Kehadiran muka-muka baru itu sudah cukup untuk merangsang semangat yang luar biasa di stadium berkenaan, lalu memberi kesan kepada pemain PSG untuk mendahului 3-0 dalam masa 27 minit.

Di pertengahan permainan, gawang mereka ditembusi dua kali, sekali gus mencerminkan pengaruh Ramos -- yang tercedera betis -- tampak lebih ditagih di bahagian pertahanan.

Kylian Mbappe kerap mempamerkan kelicikan dan larian derasnya untuk menyumbat gol kedua perlawanan pada minit ke-25 selepas Mauro Icardi memecah kebuntuan seawal minit ketiga.

Julian Draxler menjadikan 1-3, dua minit kemudian, sebelum Pablo Sarabia memuktamadkan kemenangan.






Hampir keseluruhan perlawanan baki separuh masa menyaksikan Strasbourg lebih berbisa sebelum Alexander Djiku diperintahkan keluar padang pada minit ke-81 gara-gara kad kuning kedua.

Maka tidak hairanlah Pochettino berharap Ramos dapat turut serta dalam kejayaan itu.

"Ini adalah hari yang baik untuk keluarga PSG, ada suasana yang luar biasa," katanya terhadap pertahanan kebangsaan Sepanyol itu.

"Saya tidak berkesempatan hadir ketika dia menandatangani kontraknya, tetapi maklum balas yang kami terima adalah sangat luar biasa.

"Semua pemain perlu berasakan kasih sayang daripada peminat. Sekali lagi saya ingin mengucapkan tahniah kepada seluruh kelab. Kami sentiasa maju. Saya lebih gemar menikmati suasana meriah seperti ini di luar bilik persalinan.

"Memang seronok dapat melihat penyokong kami dari dekat. Bola sepak jadi berbeza dengan kehadiran masyarakat. Selepas setahun setengah, perasaannya sangat bagus."

Pengurus dari Argentina itu turut menafikan Mbappe diejek penyokong sendiri berhubung isu rundingan kontrak baru.

"Kylian fokus kepada matlamat kami. Dia melakukannya dengan baik dan saya sangat gembira dengan persembahannya. Dia perlu terus begini," katanya lagi.

"Saya tidak dengar sebarang ejekan terhadap menentang Mbappe."