Pengarah Teknikal Terengganu, Tomislav Steinbruckner, menganggap Sang Penyu sedang meniti landasan tepat untuk menjadi sebuah pasukan yang lebih disegani pada musim ini.
Steinbruckner yang berdarah Croatia-Jerman bukanlah asing bagi peminat tempatan apabila pernah mengemudi T-Team pada 2015 dan selepas beberapa hari tamat tempoh kuarantin wajib sebaik tiba di Malaysia, dia kini sedia memegang amanah baru itu bagi membantu persiapan ketua jurulatih, Nafuzi Zain.
"Pasukan membawa masuk pemain lebih berpengalaman dan berkualiti berbanding tahun lalu. Saya telah mengikuti perkembangan Terengganu sejak tahun lalu lagi.
"Saya tahu situasi dalam kelab ini dan juga hajat penyokong. Kami di kelab ini pun menjangkakan pencapaian lebih besar, kedudukan lebih baik dan ini semua adalah normal.
"Kita sentiasa inginkan yang lebih baik lagi.
"Saya sangat terkejut dengan kualiti dimiliki pasukan ini terutama pasukan simpanan yang terdiri daripada pemain tempatan ketika menentang pasukan utama dalam perlawanan ujian tempoh hari.
"Pemain simpanan ini mempamerkan kesungguhan, memiliki kemahiran dan tidak gentar," katanya mengenai misi bersama kelab Pantai Timur itu.
Dalam masa sama, dia akan memainkan peranan besar dalam membentuk hala tuju bola sepak kelab itu sambil berharap dapat mencungkil bakat dalam kalangan warga tempatan.
"2015 saya kerap menurunkan Safawi Rasid dalam kesebelasan utama pada usia 16 tahun, begitu juga dengan pertahanan kiri kami ketika ini, Muhammad Arif Fadzilah Abu Bakar, dan ada juga bekas anak buah saya yang sudah pun bersara daripada bola sepak.
"Saya harap dapat menggilap lebih banyak pemain berbakat seperti Safawi dan Arif," katanya lagi.
Sementara itu, Rahadiazli Rahalim sedia merebut semula tempatnya di posisi pintu gol selepas berehat hampir setahun akibat kecederaan lutut yang serius.
Sepanjang ketiadaannya, penjaga gawang skuad pelapis, Suhaimi Saad, semakin mendapat tempat dalam percaturan Nafuzi.
"Alhamdulillah sekarang saya tidak berasa sebarang kesakitan lagi, pulih sepenuhnya.
"Saya berterima kasih kepada pakar fisioterapi kerana banyak memberi sokongan termasuk keluarga.
"Sekarang terpulang kepada jurulatih penjaga gol untuk menilai prestasi saya.
"Saya juga masih perlu bekerja keras terutama dalam aspek menyentuh dan menangkap bola," katanya.
Shaiful Shamsudin
Wed Mar 09 2022


'I like physicality' - Butler guarantees Heat intensity after Game 1 win
Jimmy Butler scored 41 points and sparked a third-quarter turnaround in the Miami Heat's 118-107 win over the Boston Celtics on Tuesday.

'It's on me': Tatum accepts blame for Celtics' third-quarter collapse in Heat loss
The Boston Celtics led by eight points at half-time before the Miami Heat's remarkable 39-14 turnaround.

Benedetto salvages point for Boca against Corinthians, Flamengo secure top spot
Boca Juniors could only manage a point against 10-man Corinthians, while Flamengo and Estudiantes won in the Copa Libertadores on Tuesday.

Butler scores 41 points as Heat blaze Celtics after lopsided third-quarter blitz
The Miami Heat had a dominant 39-14 third quarter to take a 1-0 lead in the Eastern Conference Finals against the Boston Celtics.

Giro d'Italia: Girmay could be forced to abandon after stage 10 win marred by freak eye injury
Eritrean Biniam Girmay wrote his name into the record books at the Giro d'Italia, but it remains to be seen whether he can race on.

Orlando Magic secure top pick in NBA Draft lottery
The Orlando Magic last had the first pick in the 2004 NBA Draft, when they selected Dwight Howard.

US PGA Championship: Rahm believes Alcaraz has 'big shoes to fill', cannot be unhappy with Mickelson
Jon Rahm is heading into this week's US PGA Championship at Southern Hills, having won the Mexico Open in his last outing.

US PGA Championship: 'It's a little bit different' – Scheffler adjusts to life after Masters win
Scottie Scheffler has claimed four tour wins in his last eight starts, coming into this weekend's US PGA Championship at Southern Hills.

Celtics lose Horford and Smart for Eastern Conference Finals opener
The Boston Celtics have lost two important players for their opener against the Miami Heat in the Eastern Conference Finals.

Henderson to call on Gerrard as Liverpool eye Aston Villa favour
Liverpool need Aston Villa to take something from Manchester City on the final day if they are to have a chance of winning the title.