Ketika peminat-peminat Tok Gajah mula membanjiri Stadium Darulmakmur untuk terus memberi sokongan dan ingin melihat sendiri momentum kemenangan skuad kendalian Datuk Dollah Salleh ketika berhadapan Terengganu, ia tidak menjadi kenyataan apabila tewas di laman mereka sendiri.

Ini merupakan kekalahan pertama Pahang di bawah kendalian Dollah selepas memberikan aksi tekal sepanjang lima perlawanan yang lalu.

Kekalahan itu juga masih tidak menjejaskan kedudukan skuad Pahang di kedudukan carta Liga Super ketika ini.

Namun, sudah tentu dengan kekalahan ini akan memberi sedikit tekanan kepada pemain-pemain Tok Gajah kerana mereka perlu bangkit selepas ini.

Jika diperhalusi kesilapan yang dilakukan pemain-pemain Tok Gajah ketika bertemu Sang Penyu malam tadi, pertahanan mereka terlalu ke bawah hingga memberi ruang yang besar kepada pemain-pemain Terengganu mendominasi bahagian tengah dan sayap mereka.

Walaupun anak didik Dollah mendahului lawan tetapi mereka juga perlu bijak menagani situasi jika lawan yang bermain dengan menggerakkan pantas serta bijak dalam mendominasi bahagian tengah.

Ia dilakukan oleh anak didik Nafuzi Zain memandangkan Sang Penyu banyak mengunakan Manny Ott, Habib Haroon, Petrus Shitembi untuk mencorakkan serang dengan menggunakan kekuatan yang dimiliki Faizal Halim.




Mereka inilah yang membuatkan pemain-pemain pertahanan Tok Gajah tertekan hingga mereka alpa dan melakukan kesilapan.

Sekiranya pemain-pemain Tok Gajah tidak memberi ruang kepada anak didik Nafuzi Zain selain bermain secara keamatan juga, khususnya dalam memberi tekanan awal untuk memenangi bola bagi memastikan ia akan dapat mematikan setiap gerakan lawan.

Inilah pelajaran yang berguna untuk Tok Gajah kerana dengan pengalaman ini, mereka sudah tahu bagaimana untuk mematikan setiap gerakkan lawan yang bermain pantas.

Sementara itu, penyokong-penyokong Tok Gajah teruslah bersama-sama pemain bagi sokongan moral kepada mereka untuk terus bangkit kerana mereka amat memerlukan sokongan ketika ini.