Selepas mengumumkan Datuk Dollah Salleh selaku ketua jurulatih sementara Sri Pahang bagi mengantikan Christophe Gamel yang ditamatkan kontraknya telah menunjukkan satu peningkatqn yqng begitu ketara dalam empat perlawanan berturut-turut.

Ini menampakkan bahawa keharmonian dalam skuad Tok Gajah mula terselah apabila begitu memahami apa yang diinginkan Dollah Salleh selain keinginan yang tinggi untuk memburu kemenangan.

Ini diterjemahkan pemain-pemain Tok Gajah di Stadium Hang Jebat, malam tadi, apabila bangkit mengikat Melaka United 2-2.

Inilah kelebihan Dollah apabila berjaya mengurus emosi pemain-pemainnya untuk terus bangkit bagi mengekalkan momentum positif mereka.




Jurulatih yang pernah membawa kelab MPPJ mencatat sejarah menjuarai Piala Malaysia 2003 itu punya cara tersendiri dalam mengurus tadbir pemain-pemainnya selain bijak dalam menggunakan kelebihan anak buahnya.

Elemen itu yang memberi kelebihan pada skuad Tok Gajah pada ketika ini kerana pemain-pemainnya semakin serasi dan menunjukkan persefahaman yang tinggi.

Dengan sikap inginkan kemenangan itu juga membawa kejayaan skuad kemdalian Dollah apabila mereka bangkit dari ketinggalan untuk menyamakan kedudukan di penghujung permainan.

Sekiranya mereka mengekalkan konsentrasi dalam setiap perlawanan dan fokus terhadap setiap perancangan jurulatih, pasti mereka akan dapat terus memberi saingan kepada pasukan-pasukan yang dihadapi. Kedudukan kelima Liga Super akan terus menambah keyakinan kepada barisan Tok Gajah.

Bangkit dari kedudukan bawahan liga sudah tentu akan menyemarakkan lagi semangat pemain-pemain kelab Pantai Timur itu dan pada masa inilah pasukan kendalian Dollah memerlukan sokongan daripada peminat-peminat.

Mereka telah membuktikan bahawa mereka mampu mengubah nasib pasukan dan dengan kehadiran peminat-peminat membanjiri stadium akan membantu lagi meningkatkan moral pemain.

Kepada peminat-peminat sokonglah pasukan kesayangan kalian ini walaupun dalam keadaan sukar kerana pasukan kesayangan anda itu sentiasa ingin memberi yang terbaik buat peyokong-penyokong.


Hasnizam Uzir