Spurs belum fikir cabar takhta liga -- Bale

Ammar Hakim
November 1, 2020 23:07 MYT
Gareth Bale menegaskan Tottenham tidak memikirkan untuk mencabar gelaran Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas jaringannya memastikan kemenangan 2-1 ke atas Brighton & Hove Albion awal pagi tadi.
Pemain kebangsaan Wales itu menanduk masuk gol pertama sejak menyertai semula bekas kelabnya itu secara pinjaman dari Real Madrid September lalu, tujuh tahun selepas meninggalkan London utara berkenaan untuk ke Sepanyol.
Spurs mendahului saingan menerusi jaringan sepakan penalti Harry Kane pada minit ke-13 sebelum Tariq Lamptey menyamakan kedudukan buat The Seagulls.
Keputusan itu menyaksikan skuad kendalian Jose Mourinho menghuni tangga kedua, dua mata di belakang Liverpool, tetapi Bale tiada sesiapa pun di kelab terbawa-bawa dengan kedudukan ini.

7 ????? 89 ?????? 389 ????? 2723 ???? Worth the wait. #THFC ⚪️ #COYS pic.twitter.com/Q3xzb7efcJ

— Tottenham Hotspur (@SpursOfficial) November 1, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Ia sangat kompetitif, kami sedar tidak boleh terlalu terbawa-bawa," katanya kepada Sky Sports.
"Terdapat beberapa pasukan hebat dan kami akan terus berusaha sekuat yang kami mampu."
Jaringan Bale itu merupakan yang pertama buat Tottenham sejak Mei 2013 dan ia hadir dalam aksi keempatnya sejak kembali ke London.
Dengan objektif utamanya membentuk serangan ampuh di samping Kane dan Son Heung-min, Bale menegaskan dia gembira untuk melakukan yang terbaik jika khidmatnya ditagih Mourinho.
"Saya hanya mahu melakukan yang terbaik untuk pasukan. Saya berusaha untuk pasukan dan sangat bertuah kerana dapat menjaringkan gol.
"Semua orang bercakap mengenai individu tetapi saya sentiasa mengatakan bahawa saya seorang pemain untuk pasukan. Saya gembira dapat melakukan tugas saya walaupun perlu bertahan. Perkara yang paling penting adalah kolektif.
"Kami berkembang dalam setiap perlawanan. Walaupun kami melakukan kesilapan, kami mengambilnya sebagai pengalaman yang positif.
"Saya tidak banyak beraksi. . Saya mempunyai sedikit masalah dengan lutut sehingga memerlukan sedikit masa. Saya bekerja keras dalam latihan dan apabila saya mendapat peluang."