Lionel Messi kini tidak terikat dengan mana-mana kontrak tetapi dijangka akan kembali melanjutkan tempohnya di Barcelona.

Bagaimanapun, Paris Saint Germain (PSG) dilaporkan belum bersedia untuk mengaku kalah dalam usaha membawa Messi ke Paris.

Masa depan Messi akan menjadi semakin jelas sebaik pemain bintang itu menamatkan kempennya bersama Argentina dalam Copa America.

"PSG sedang mencuba untuk memintas tawaran Barcelona untuk mendapatkan Lionel Messi," demikian dilaporkan Diario AS.

Messi sah bergelar pemain dengan status ejen bebas selepas kontraknya bersama Barcelona tamat hujung minggu lalu dan pemenang enam kali Anguerah Ballon d'Or itu turut dikaitkan untuk menyertai PSG dan Manchester City.

Ketika Messi dilihat akan meneruskan khidmatnya di Camp Nou, PSG pula dilaporkan enggan tunduk untuk menandatangani kapten Argentina itu.

Di sebalik ketidaktentuan masa depan Kylian Mbappe, yang menjadi sasaran Liverpool dan Real Madrid, PSG juga sedang berusaha untuk membawa masuk bintang Juventus, Cristiano Ronaldo, dan penyerang Tottenham, Harry Kane.