Spekulasi perpindahan: PSG, Manchester City pantau situasi Lionel Messi

Muzaffar Musa
Julai 6, 2021 09:25 MYT
Lionel Messi sah menjadi pemain dengan status ejen bebas minggu lalu.
Laporan awal mendakwa pemain bintang itu sudah bersetuju untuk menandatangani kontrak lanjutan dua tahun bersama Barcelona.
Pemain berusia 24 tahun itu pernah menyatakan hasratnya untuk meninggalkan Barca tahun lalu sebelum bertindak kekal bersama pasukan itu bagi menghabiskan tempoh setahun dalam kontraknya.
"Paris Saint Germain (PSG) dan Manchester City kedua-duanya sedang memantau posisi Lionel Messi dalam jendela perpindahan sebaik bergelar pemain ejen bebas," demikian dilaporkan di muka depan Mundo Deportivo hari ini.
Kontrak Messi bersama Barcelona tamat pada 30 Jun lalu tetapi dia dijangka akan melanjutkan kontraknya bersama gergasi LaLiga itu, yang kini sedang menguruskan perbelanjaan mereka dengan cermat.
Bagaimanapun, selagi Messi masih belum menandatangani sebarang kesepakatan, PSG dan juara Liga Perdana Inggeris, City, kelihatan masih meneruskan pemburuan mereka untuk mendapatkan pemenang enam kali Anugerah Ballon d'Or itu.

'FINALISSIMA' en nuestra portada de este martes #portada #deporte https://t.co/ekda7EOJl0 pic.twitter.com/Qoj0D3fLBo

— Mundo Deportivo (@mundodeportivo) July 5, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#bola sepak #Manchester City #Barcelona #PSG #Lionel Messi #LaLiga