Kylian Mbappe sudah sekian lama menjadi dambaan setiap pasukan sejak spekulasi mengenai masa depannya bersama Paris Saint-Germain (PSG).

Kontrak pemain berusia 22 tahun itu dengan PSG akan tamat pada 2022 dan Mbappe sebelum ini pernah meluahkan hasratnya untuk berhijrah.

Dia sedang hangat dikaitkan untuk menyertai Real Madrid tetapi kini, salah sebuah kelab terbesar di England juga dilaporkan sedang memerhatikan pemain kebangsaan Perancis itu.

"Liverpool kini telah menyertai perebutan untuk menandatangani penyerang PSG, Mbappe," demikian dilaporkan Marca.

Marca mendedahkan bahawa The Reds kini sudah mula bertanyakan mengenai status Mbappe daripada PSG.

Tindakan berani itu dilaporkan dilakukan Liverpool demi perancangan jangka panjang bersama Mohamed Salah dan Sadio Mane.