Harry Kane kelihatan akan mencapai hajatnya untuk meninggalkan Tottenham.

Spurs sebelum ini amat yakin bahawa Kane, yang masih mempunyai kontrak sehingga 2024, akan kekal bersama mereka.

Kapten England itu memenangi Anugerah Kasut Emas Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan 23 gol musim lalu dan dia kini dilaporkan akan menyertai pasukan juara liga berkenaan, Manchester City.

"Penyerang Tottenham, Harry Kane, ditawarkan dengan perpindahan bernilai £160 juta (RM795.33 juta) untuk ke Manchester City," demikian dilaporkan The Sun.

Berdasarkan laporan itu, Pengerusi Spurs, Daniel Levy, akan membenarkan Kane meninggalkan kelab itu dengan nilai perpindahan berkenaan.

Akhbar itu turut melaporkan bahawa Kane sudah bersetuju dengan City untuk memperoleh pendapatan mingguan bernilai £400,000 (RM1.9 juta), yang dilaporkan sekali ganda daripada pendapatannya dalam kontrak sedia ada bersama Tottenham.

A post shared by Harry Kane (@harrykane)