Spekulasi perpindahan: Grealish akan adakan perbincangan dengan Villa, dijangka sertai City

Muzaffar Musa
Ogos 2, 2021 07:27 MYT
Jack Grealish menjalani tempoh bercuti pasca Euro 2020 tetapi kini sudah tiba masanya untuk menentukan masa depannya di peringkat kelab.
Spekulasi mula bertiup kencang sejak beberapa hari lalu mengenai potensi pemain itu untuk menyertai Machester City.
Pengurus City, Pep Guardiola, sudah lama berminat untuk mendapatkan Grealish dan satu pelaburan besar kelihatan sudah mendapat kelulusan daripada pengerusi kelab itu, Khaldoon Al-Mubarak.
"Grealish telah kembali daripada percutian menjelang musim depan dan akan mengadakan perbincangan dengan Aston Villa hari ini dengan semakin hampir untuk menyertai City," demikian dilaporkan The Mirror.
Grealish dikaitkan dengan perpindahan £100 juta (RM588.4 juta) ke pasukan juara Liga Perdana Inggeris itu dan dijangka akan memaklumkan hajatnya itu kepada Villa dalam pertemuan berkenaan.
Villa turut dilaporkan telah mengemukakan tawaran baru buat Grealish dengan kesepakatan bernilai £200,000 (RM1.17 juta) seminggu.

Man City 'expecting Jack Grealish to hand in transfer request' in £100m showdown talks https://t.co/Igx8fAPHQG pic.twitter.com/yxPEFYMX7o

— Mirror Football (@MirrorFootball) August 1, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Manchester City #Aston Villa #Liga Perdana Inggeris #Jack Grealish