Luciano Spalletti berpuas hati dengan persembahan Inter ketika berdepan Atalanta di sebalik seri tanpa jaringan.

Penghuni tangga ketiga Serie A, Inter, kini memiliki kelebihan lima mata ke atas Atalanta dan AC Milan, yang terikat dengan 52 mata, dalam mengejar slot layak ke Liga Juara-Juara (UCL) musim depan.

Bagaimanapun, tiada jaringan berjaya dihasilkan kedua-dua pasukan dalam perlawanan di San Siro tidak membimbangkan Spalletti.

"Kedua-dua pasukan berusaha untuk memastikan tidak keciciran mata," kata Spalletti.

"Ivan Perisic gagal mendapat sentuhan pada awal permainan sebelum cemerlang di atas padang."

Mauro Icardi membuat penampilan pertama di San Siro sejak Februari lalu selepas tugasnya selaku kapten pasukan ditarik oleh pihak kelab.

Penyerang berusia 26 tahun itu menjaringkan gol ketika kembali beraksi bersama Inter di Genoa tetapi Spalletti tidak berminat bercakap tentang peneyrang itu ketika bertemu Atalanta.

"Saya telah bercakap tentang Icardi terlalu banyak. Dia kembali dan bergandingan semula dengan pemain-pemain lain.

"Saya lebih tertumpu dengan persembahan berbanding keputusan. Saya tenang jika pasukan bermain dengan baik."