Luciano Spalletti mencabar pemain-pemain Inter untuk membuktikan kebolehan sebenar mereka ketika saingan merebut slot ke Liga Juara-Juara bakal ditentukan dalam perlawanan terakhir Serie A.

Inter, yang gagal memberi saingan kepada skuad Napoli kendalian Carlo Ancelotti di Sao Paolo semalam, hanya memberikan ancaman sekali ketika tewas 4-1.

Piotr Zielinski membuka jaringan sebelum Napoli meledak tiga gol dalam separuh masa kedua menerusi Dries Mertens dan Fabian Ruiz manakala jaringan sagu hati Inter terhasil menerusi sepakan penalti yang disempurnakan Mauro Icardi.

Inter mampu mengesahkan kelayakan mereka ke UCL dengan kemenangan dan persaingan mengejar slot ke kejohanan Eropah itu bakal ditentukan dalam aksi terakhir liga.

Skuad kendalian Spalletti itu akan berdepan Empoli di laman sendiri dan jurulatih itu mahu kebangkitan dipamerkan Inter.

"Ia ibarat perlawanan final untuk kami. Kami perlu bersedia menghadapinya," katanya.

"Pasukan gagal bermain cemerlang ketika berdepan Napoli dan kami perlu memenangi aksi terakhir untuk beraksi dalam UCL."