Pengurus England, Gareth Southgate, memuji persembahan pertahanan, Harry Maguire, ketika meraih kemenangan 2-1 ke atas Tunisia, awal pagi tadi.

Maguire, yang bermain bersama Leicester City, dipilih beraksi dalam kesebelasan utama untuk aksi pembukaan England di Volgograd.

Pemain berusia 25 tahun itu tampak selesa dalam penampilan sulung kejohanan ini dan Southgate berharap permainannya akan terus meningkat dalam aksi-aksi akan datang.

“Dia memiliki potensi untuk menjadi pemain berkualiti," katanya.

“Dia merupakan salah seorang pemain yang dipilih -- selain Pickford - yang tidak pernah beraksi dalam pusingan akhir kejohanan utama atau aksi Liga Juara-Juara (UCL), sekali gus memberikan pengalaman baru buat pemain-pemain ini.

"Maguire memiliki teknik bertahan yang baik dan berusaha dengan baik mengawal benteng pertahanan England.

“Dia juga sentiasa tenang di atas padang. Saya berasakan dia berpotensi untuk menjadi pemain yang lebih berkualiti pada masa akan datang."

Maguire, yang memulakan karier di Sheffield United sebelum menyertai Hull City, berharap untuk terus dipilih beraksi untuk aksi kedua Kumpulan G berdepan Panama, Ahad ini.