Soualiho Meite cuba nasib ke Milan

Shaiful Shamsudin
Januari 16, 2021 00:45 MYT
Milan mengesahkan perjanjian dengan Soualiho Meite daripada Torino menerusi pinjaman hingga hujung musim ini dengan pilihan untuk mengikatnya.
Pemain tengah berusia 26 tahun itu muncul pemain pertama yang ditandatangi kelab Serie A itu dalam jendela perpindahan musim sejuk dengan yuran yang dilaporkan menelan belanja €9.5 juta (RM46.3j) sekiranya memilih untuk mengekalkan khidmatnya.

From Turin to Milan ?? Welcome to your new home, @soualihomeite ? #ReadyToUnleash #SempreMilan pic.twitter.com/aBeKnolleG

— AC Milan (@acmilan) January 15, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Meite beralih angin ke San Siro selepas dua tahun setengah membawa cabaran dalam Serie A sejak dibeli Torino daripada Monaco pada Julai 2018.
Dia membuat 82 penampilan liga bersama Torino termasuk 11 permulaan musim ini.
Milan mengumumkan pinjaman itu di laman sesawang mereka semalam dengan Meite menyarung jersi nombor 18.
Bekas pemain antarabangsa Perancis B-20 itu juga pernah mewakili Auxerre, Lille dan Bordeaux.
#Milan #Torino #Serie A #Soualiho Meite