Son Heung-min dinamakan Pemain Terbaik Bulanan EPL

Muzaffar Musa
November 14, 2020 00:58 MYT
Son Heung-min dinamakan sebagai Pemain Terbaik Bulanan Liga Perdana Inggeris (EPL) bagi bulan Oktober dan ia merupakan kali pertamanya meraih gelaran itu sepanjang tiga setengah tahun ini.
Penyerang Tottenham itu memulakan kempen 2020-21 dengan gemilang selepas menghasilkan lapan gol dan dua bantuan jaringan daripada lapan perlawanan EPL.
Empat daripada gol itu dihasilkan sepanjang bulan lalu, termasuk ketika menewaskan Manchester United 6-1, di mana pemain kebangsaan Korea Selatan itu menjaringkan dua gol dan satu bantuan jaringan.
Dia turut meledak ketika menewaskan West Ham dan Burnley untuk dinamakan sebagai Pemain Terbaik Bulanan EPL untuk kali ketiga sepanjang kariernya --- pernah meraihnya pada September 2016 dan April 2017.

4 - No player scored more Premier League goals than Son Heung-Min in the month of October, with the Spurs attacker scoring four times from just six shot attempts. Striving. pic.twitter.com/e2HoVClXQu

— OptaJoe (@OptaJoe) November 13, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Spurs tidak pernah memenangi anugerah itu sejak Lucas Moura meraihnya pada Ogos 2018.
Heung-min menewaskan tujuh pencabar lain, termasuk rakan sepasukannya, Harry Kane, dalam merebut anugerah itu.
Kecemerlangan Heung-min dan Kane membantu Spurs untuk menduduki tangga kedua EPL pada ketika ini dengan hanya ketinggalan satu mata di belakang pendahulu, Leicester City.
#Tottenham Hotspur #Harry Kane #Liga Perdana Inggeris #Korea Selatan #Son Heung-Min