Ole Gunnar Solskjaer telah mengambil keputusan untuk meninggalkan jawatannya sebagai ketua jurulatih Manchester United selepas mencapai persetujuan dengan kelab, sebentar tadi.

Menerusi akaun twitter Fabrizio Romano, "Rasmi dan telah disahkan. Manchester United telah mengakhiri kerjasama dengan Ole Gunnar Solskjær, persetujuan bersama dicapai seperti yang disahkan oleh kenyataan rasmi.

Susulan siri aksi mengecewakan dipamerkan United -- diaib Liverpool 5-0, Manchester City (2-0) dan yang terbaru ke atas Watford dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) semalam.

United turut mengumumkan bahawa Michael Carrick kini akan mengendalikan pasukan untuk perlawanan akan datang, manakala The Red Devils ingin melantik pengurus sementara hingga akhir musim.