Solskjaer tidak gusar dengan prestasi Martial

Muzaffar Musa
Februari 15, 2021 04:18 MYT
Pengurus Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer, menegaskan bahawa dia tidak gusar dengan prestasi Anthony Martial.
Martial gagal merekodkan sebarang percubaan tepat ketika United terikat 1-1 dengan West Brom dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) malam tadi.
Pemain kebangsaan Perancis itu hanya menjaringkan empat gol daripada 19 perlawanan musim ini tetapi Solskjaer tetap mempertahankan penyerangnya itu dalam sidang media selepas perlawanan.
"Saya tahu Anthony sedang berusaha keras untuk mendapatkan kembali prestasinya. Dia akan menjaringkan gol, usaha dan sikapnya amat bagus," katanya dalam sidang media itu.
"Prestasi adakalanya hanya sementara tetapi kelas akan kekal dan pemain itu ada kelas.

United are held at The Hawthorns. ? https://t.co/YS4CBzXRmU ? #MUFC #️⃣ #WBAMUN

— Manchester United (@ManUtd) February 14, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Dan saya tahu apabila dia berusaha keras, kami akan mendapatkan semula prestasi besarnya," katanya.
Martial hanya menyudahkan 33 peratus daripada peluang besar yang dimilikinya dalam EPL musim ini, rekod terendahnya sejak menyertai United pada 2015.
Keputusan seri dengan West Brom itu menyaksikan United kini ketinggalan tujuh mata di belakang pendahulu dan seteru setempat, Manchester City, yang turut berkelebihan satu perlawanan dalam tangan.
#Manchester United #West Bromwich Albion #Anthony Martial #Liga Perdana Inggeris #Ole Gunnar Solskjaer