Solskjaer tiada keraguan dengan Greenwood di United

Muzaffar Musa
November 21, 2020 01:33 MYT
Ole Gunnar Solskjaer berkata semua pihak perlu bertenang dan menghargai perkembangan yang telah dipamerkan Mason Greenwood bersama Manchester United di sebalik laporan mengenai ketiadaan pemain itu dalam sesi latihan.
Pemain berusia 19 tahun itu mencuri tumpuan dalam kempen pertamanya bersama skuad The Red Devils itu musim lalu dengan menjaringkan 17 gol dalam kesemua kejohanan.
Dia kemudian bergelut di dalam dan luar padang musim ini dengan hanya menjaringkan dua gol daripada lapan perlawanan dan amat terkesan selepas disingkirkan daripada skuad England kerana melanggari protokol koronavirus selepas menewaskan Iceland 1-0 pada September lalu.
Greenwood tidak diturunkan ketika United menewaskan Everton 3-1 dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) dua minggu lalu dan tidak menjadi pilihan Gareth Southgate dalam perlawanan antarabangsa England baru-baru ini.
Terdapat laporan mendakwa bahawa pengurus United, Solskjaer, kecewa dengan produk akademi pasukan itu sambil memberikan amaran agar pemain remaja berkenaan sentiasa menepati masa.
Bercakap menjelang perlawanan United menentang West Brom dalam EPL awal pagi esok, Solskjaer mendedahkan bahawa Greenwood tidak berasa selesa dan mahu setiap pihak menghargai usaha pemain itu sepanjang 12 bulan ini.

? "The Everton game showed how we want to look," adds Ole. "We were very solid defensively and scored two great team goals. I'm very pleased with the last performance." ?#MUFC #MUNWBA pic.twitter.com/fUeXb3x6Nq

— Manchester United (@ManUtd) November 20, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Adakalanya anda perlu bertenang," katanya dalam sidang media.
"Remaja itu hanya berusia 19 tahun dan mempunyai tahun yang cemerlang.
"Jika kita imbas setahun lalu, saya tidak menyenaraikannya ketika menentang Chelsea dalam Piala EFL. Mason tidak diturunkan dan terpaksa beraksi menentang Doncaster Rovers dalam Trofi Checkatrade untuk memperoleh minit permainan. Itulah yang perlu dilaluinya.
"Kini dia menjaringkan banyak gol, melakukan penampilan pertama bersama England, menjaringkan gol bersama skuad B-21 dan sudah pasti tajuk utama akhbar akan menulis tetang dia menjaringkan gol dan tidak beraksi.
"Semua orang boleh tidak berasa selesa. Apabila anda tidak selesa, anda tidak dapat berlatih.
"Dia tidak berada dalam sesi latihan selama lapan atau sembilan hari, jadi kami hanya mahu mengembalikan keyakinannya semula dan saya tidak mempunyai sebarang keraguan mengenainya.
"Saya mempunyai keyakinan yang tinggi kepadanya dan dia mempunyai bakat yang dapat dilihat semua orang," katanya.
#Manchester United #Liga Perdana Inggeris #Ole Gunnar Solskjaer #Mason Greenwood