Solskjaer kagum dengan semangat United

Ammar Hakim
Jun 6, 2020 05:21 MYT
Ole Gunnar Solskjaer telah menerapkan 'idea-idea baru dalam latihan Manchester United dan pengurus itu kagum terkesan dengan semangat pasukan apabila inteniti latihan meningkat menjelang Liga Perdana Inggeris (EPL) yang bakal bersambung semula.
United akan memulakan kempen 2019-20 mereka dalam tempoh dua minggu lagi berdepan Tottenham, selepas saingan ditangguh lebih dari tiga bulan setelah perlawanan terakhir mereka -- kemenangan dalam saingan Liga Europa (UEL) 5-0 ke atas LASK 12 Mac lalu.
Sebelum penangguhan berlaku kerana coronavirus, United mempamerkan aksi yang cemerlang, menikmati 11 perlawanan tanpa kalah dalam semua pertandingan, termasuk kemenangan EPL ke atas Chelsea dan Manchester City.
Prestasi cemerlang itu hadir walaupun terdapat kecederaan kepada pemain utama seperti Marcus Rashford dan Paul Pogba, dan kedua-keduanya dijangka akan kembali terserdia ketika musim ini bermula.
Dan dengan Pogba yang belum bermain bersama pemain baru, Bruno Fernandes, peminat United sangat gembira dengan prospek itu, dan Solskjaer mengesahkan bahawa pasukan telah mengusahakan idea baru dalam latihan.

2️⃣ weeks today, we return to #PL football with a trip to Spurs ⏳ Who needs a reminder of how the reverse fixture went down? ?#MUFC pic.twitter.com/K5mg7M5x3y

— Manchester United (@ManUtd) June 5, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Latihan berjalan dengan dengan baik, kami melakukan satu atau dua perubahan dan memperkenalkan beberapa idea baru," katanya kepada laman web rasmi United. "Mudah-mudahan kita dapat melihat hasil daripada apa yang telah dipamerkan sebelum penangguhan saingan sebelum ini.
"Kami bakal mengharungi banyak perlawanan jadi anda harus fokus kepada diri sendiri dan bukan hanya kepada permainan pertama itu.
"Kami sangat menantikan saingan kembali bersambung. Perlawanan pertama akan berlangsung dua minggu daripada sekarang, jadi kami perlu meningkatkan intensiti latihan dan mendapatkan semula rentak permainan.
"Semua orang tahu bahawa kami harus berada di tahap terbaik, harus fokus [menentang Tottenham]. Kami mengetahui ia adalah perlawanan yang penting semua."

Reporting for duty! ??#MUFC pic.twitter.com/Jtuuq5b1RU

— Manchester United (@ManUtd) June 5, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.