Solskjaer beri bayangan Harry Maguire terlepas baki kempen

Shaiful Shamsudin
Mei 22, 2021 03:36 MYT
Pengurus Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer, mendedahkan Harry Maguire berkemungkinan akan terlepas final Liga Europa menentang Villarreal.
Maguire mengalami kecederaan ligamen pergelangan kaki ketika bertembung dengan Anwar El Ghazi dalam kemenangan 3-1 ke atas Aston Villa pada 9 Mei lalu.
Pada awal minggu ini, Solskjaer optimis dengan peluang anak buahnya ketua pasukannya untuk cergas dalam perlawanan akhir pada Khamis depan.
Namun, nada pengurusnya itu mula berubah apabila menjangkakan pertahanan tersebut tidak sempat pulih.
"Dia sudah boleh berjalan tetapi masih jauh lagi untuk berlari, jadi sejujurnya ​​saya tidak menjangka kami akan melihat sentuhannya di Gdansk," jelasnya tatkala juara liga 20 kali itu akan menentang Wolves dalam perlawanan terakhir kempen domestik musim ini, malam esok.
"Saya akan memberinya tempoh hingga Selasa malam, iaitu sesi latihan terakhir untuk melihat adakah dia mampu berada di atas padang.
"Ligamen memerlukan masa untuk sembuh."

? "We’ve had lots of ups and downs, and you learn from your wins, as well as your mistakes and defeats," the boss adds. "The older you get, the more experience you have, and you’re probably a better leader for it. I’m taking it in my stride."#MUFC #WOLMUN pic.twitter.com/KXJVY7rjCf

— Manchester United (@ManUtd) May 21, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Ketiadaannya merupakan situasi kekok buat United memandangkan pertahanan pusat itu telah tampil dalam setiap minit untuk 71 perlawanan liga berturut-turut bersama The Red Devils -- termasuk lima aksi terakhirnya bersama Leicester City sebelum berpindah dua tahun lalu -- sebelum dilanda kecederaan berkenaan.
Maguire telah mengharungi 9,615 minit permainan dalam semua pertandingan sejak awal 2019-20 sebelum dibelenggu masalah -- hampir 1,000 minit lebih banyak berbanding pemain lain di tangga lima liga teratas.
Solskjaer menambah: "Dia sosok yang sangat penting di bilik persalinan dan sebagai pemimpin.
"Sebelum kehadiran peminat di stadium, kelantangannya bersuara cukup jelas. Dia mahu pasukannya beraksi dengan baik, dia dapat memberi arahan dengan mudah kerana keadaan begitu sepi.
"Dia akan berada di bilik persalinan dan memastikan semua orang sudah bersiap sedia untuk ke final."
Sekiranya Maguire tidak dapat dipertaruhkan, The Red Devils berkemungkinan akan menggandingkan Victor Lindelof dan Eric Bailly di benteng.

Matchday 38 of 38! Let's go out with a bang, EPL. ? Join our Telegram channel: https://t.co/nQHqw0c9JB pic.twitter.com/WIZ4e3B1nc

— Stadium Astro ? (@stadiumastro) May 21, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#EPL #Liga Perdana Inggeris #Liga Europa