SNBJ bakal guna rumput hibrid

Najmi Iman
April 16, 2024 15:44 MYT
Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) bakal dinaik taraf lagi dengan rumput baru menggantikan 'Zeon Zoysia' yang sedia ada dengan rumput jenis hibrid seperti Stadium Tan Sri Dato' Haji Hassan Yunos, Larkin.
Menerusi kemas kini kenyataan rasmi Johor Southern Tigers di X, pemilik kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ), berkenan mendermakan rumput jenis hibrid itu untuk ditanam di padang SNBJ.
Persetujuan ini juga telah melibatkan pertemuan antara Menteri Belia dan Sukan, YB Hannah Yeoh, serta YBhg Datuk Seri Windsor John, Setiausaha Agung Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC), hari ini.

The post-mortem conducted on the Bukit Jalil National Stadium pitch has highlighted that a hybrid pitch will better serve the demands of a multi-purpose stadium as its durability and flexibility caters for both sporting and non-sporting events. In view of this and the successful… pic.twitter.com/8fVtTCoG6N

— JOHORSouthernTigers (@OfficialJohor) April 16, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Rumput Zeon Zoysia yang didermakan oleh TMJ kepada SNBJ sebelum ini akan dibuka dan dipasang di padang Majlis Sukan Negara, KL Sports City.
#TMJ #Stadium Nasional Bukit Jalil #SNBJ #hibrid #Zeon Zoysia