Tottenham perlu menandatangani pemain jendela perpindahan ini jika mereka mahu mencabar empat terbaik Liga Perdana Inggeris (EPL), menurut bekas bintang Spurs, Chris Waddle.

Selepas melantik bekas pengurus Wolves, Nuno Espirito Santo, Spurs mendapatkan khidmat pengendali kelahiran Portugal itu bagi memimpin mereka kembali ke Liga Juara-Juara (UCL) sejak menamatkan saingan di tempat keempat dalam musim 2018-19.

Selepas Jose Mourinho dipecat April lalu, Ryan Mason membantu memimpin kelab ke tangga ketujuh pada penghujung musim bagi memastikan tempat ke UEFA Conference League sebelum Nuno dilantik.

Di tengah-tengah spekulasi melibatkan Harry Kane yang mahu berhijrah, Nuno mungkin membuat persiapan tanpa khidmat kapten England itu, yang meledak empat gol dalam Euri 2020 untuk menamatkan saingan di belakang Patrik Schick dan Cristiano Ronaldo (lima masing-masing) bagi merebut Kasut Emas.

Tetapi Waddle berasakan terdapat perkara yang perlu Nuno memberikan tumpuan.

"Tottenham perlu mendapatkan khidmat pemain pertahanan, itu perkara paling penting," katanya.

"Nuno memiliki rekod baik dengan pertahanan di Wolves. Tetapi bola sepak yang dipamerkan di Wolves bukanlah apa yang dimahukan oleh penonton Tottenham."

Tottenham dibolosi 45 gol musim lalu, kurang dua berbanding musim 2019-20.

Dengan pertahanan Wolves bocor 52 kali musim lalu -- musim di mana pasukan dihimpit dengan masalah kecederaan Raul Jimenez dan penghijrahan Diogo Jota dan Matt Doherty -- Skuad kendalian Nuno hanya bolos 40 kali dalam musim 2019-20.

Situasi yang melibatkan Kane, yang menamatkan saingan Liga Perdana Inggeris sebagai penjaring terbanyak (23 gol) sebelum memimpin England ke final buat pertama kali dalam 55 yahun, masih tidak jelas.