Situasi kelab sentiasa di fikiran pemain Chelsea -- Mount

Ammar Hakim
Mac 11, 2022 05:14 MYT
Mason Mount menjelaskan betapa sukarnya pemain Chelsea untuk tidak terganggu oleh sekatan yang dikenakan ke atas Roman Abramovich.
Abramovich dinamakan sebagai salah seorang daripada tujuh oligarki Rusia yang dibekukan asetnya oleh kerajaan UK kerana pencerobohan Russia ke atas Ukraine, dengan satu kenyataan menggelar pemilik Chelsea itu sebagai 'ahli perniagaan Russia terkemuka dan oligarki pro-Kremlin'.
Satu kenyataan kerajaan berkata: 'Abramovich dikaitkan dengan seseorang yang sedang atau pernah terlibat dalam menggugat kestabilan Ukraine dan menjejaskan serta mengancam integriti wilayah, kedaulatan dan kemerdekaan Ukraine, iaitu Vladimir Putin, yang mempunyai hubungan rapat dengan Abramovich selama beberapa dekad. "
Sekatan itu bermakna potensi penjualan Chelsea telah ditangguhkan, dengan sekatan selanjutnya mengharamkan penjualan barangan dan tiket kepada pemegang tiket bukan musim.
Berita ini hadir pada hari yang sama Chelsea bertandang ke Norwich City untuk perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL).
Walaupun The Blues menang 3-1 untuk mengukuhkan tempat ketiga dalam jadual, pemain tengah, Mount -- yang menjaringkan gol serta melakukan bantuan jaringan -- mengakui situasi tidak menentu dengan Abramovich telah menjadi faktor.
"Anda tidak boleh mengelaknya, kerana banyak perkara yang berlaku," kata Mount kepada BBC Sport.
"Kami perlu memberi tumpuan kepada apa yang kami lakukan di atas padang. Kami mempunyai perlawanan hari ini dan itulah satu-satunya perkara yang boleh kami fokuskan.
"Kami melakukan itu hari ini, jadi sekarang mengenai hari Ahad. Anda cuba untuk tidak melihat terlalu banyak mengenainya."
Chelsea menerima kunjungan Newcastle United pada hari Ahad dalam perlawanan pertama mereka di Stamford Bridge sejak perkembangan ini.