Simone Inzaghi dilantik pengganti Conte di Inter

Muzaffar Musa
Jun 4, 2021 01:52 MYT
Inter Milan mengesahkan bahawa mereka telah melantik Simone Inzaghi selaku ketua jurulatih baru.
Pengumuman itu dibuat berselang seminggu selepas Inzaghi meninggalkan jawatan sama di Lazio sesudah lima tahun berkhidmat di Stadio Olimpico.
Juara Serie A itu mencari pengganti kepada Antonio Conte, yang meninggalkan Nerazzurri secara persetujuan bersama selepas menamatkan penantian Scudetto sejak 2010.
Satu kenyataan ringkas yang dikeluarkan dalam laman web Inter berkata: "FC Internazionale Milano menyambut baik kedatangan Simone Inzaghi sebagai ketua jurulatih baru pasukan utama: pengendali itu mengikat kontrak selama dua tahun bersama kelab Nerazzurri."

? | ANNOUNCEMENT Simone Inzaghi is the new Inter head coach ⚫? ? https://t.co/rAfw8ibA6f#WelcomeSimone #IMInter pic.twitter.com/fkGOOPCdyY

— Inter ??? (@Inter_en) June 3, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Inzaghi memenangi 134, seri 45 kali dan tewas sebanyak 72 kali sepanjang 251 perlawanannya sebagai jurulatih Lazio, satu-satunya kelab yang pernah dibimbing sepanjang karier kejurulatihannya.
Conte pula kini sedang hangat dikaitkan untuk mengisi kekosongan di Tottenham selepas memenangi Liga Perdana Inggeris (EPL) bersama Chelsea sebelum ini.
#bola sepak #Antonio Conte #Lazio #Simone Inzaghi #Serie A #Inter Milan