Diego Simeone memuji penyudah klinikal Atletico Madrid ketika menewaskan Espanyol 1-0 dalam saingan LaLiga pada Sabtu.

Atletico bergelut untuk mencari peluang untuk menembusi pertahanan Espanyol dan percubaan Antoine Griezmann di penghujung perlawanan telah membantu mereka meraih tiga mata penuh.

Simeone gembira dengan kemenangan pasukannya selepas mereka menempah slot ke separuh akhir Liga Juara-Juara dengan mengetepikan Leicester City, dan Simeone mengakui Espanyol telah mempamerkan aksi yang mantap.

"Ia adalah perlawanan yang sama rata dan kami telah berjaya menjaringkan gol tunggal perlawanan dan meraih tiga mata penuh," kata Simeone.

"Selepas mara ke separuh akhir Liga Juara-Juara, ia adalah penting. Kami bakal berdepan lawan yang sukar untuk perlawanan selepas ini, tetapi kami akan memastikan Atletico akan menamatkan saingan di kelompok tiga terbaik.

"Espanyol telah bermain dengan baik. Sebagai satu pasukan, mereka telah bekerjasama dan menggugat rentak permainan kami."