Diego Simeone percaya Joao Felix tidak bernasib baik dikeluarkan ketika Atletico Madrid seri dengan Athletic Bilbao, mencadangkan tidak pernah sesiapa di atas padang dilayangkan kad merah menerusi insiden tersebut.

Atletico jatuh ke tangga ketiga selepas seri di laman sendiri buat kali ketiga dalam semua pertandingan buat pertama kali sejak Oktober 2019, selepas Athletic mengecewakan mereka dengan seri tanpa jaringan.

Pelawat kelihatan memiliki peluang yang lebih baik namun skuad kendalian Marcelino Garcia Toral membazirkan dua peluang terhidang.

Anak buah Simeone kekurangan seorang pemain selepas Joao Felix dilayangkan dua kad kuning dalam tempoh 12 minit, kad kuning pertama diberikan selepas melakukan kekasaran terhadap lawan kemudian dia membantah keputusan pengadil, sekaligus menyaksikan dia dilayangkan kad merah.

Ramai yang mempersoalkan keputusan pengadil dan Simeone berpandangan melayangkan kad merah kepada penyerang itu merupakan tindakan yang terlalu keras.

"Saya melakukan perkara yang sama banyak kali," katanya. "Saya tidak menjaga batas saya, tetapi semakin saya meningkat usia, saya memperbaikinya.

"Saya rapat dengan Joao dan tidak kisah dengan apa yang berlaku. Jika insiden itu dilakukan oleh pemain lain, mungkin mereka tidak akan diarah keluar padang. Pengadil tidak memberikan reaksi yang sama."