Antoine Griezmann kerap kali dikaitkan bakal kembali ke Atletico Madrid musim panas ini dan Diego Simeone memuji pemain itu dan percaya dia mampu berjaya di Barcelona.

Griezmann menikmati musim yang bercampur bersama skuad kendalian Ronald Koeman musim lalu, menjaringkan 13 kali dalam 36 penampilan saingan LaLiga.

Atleti pula -- mengikut gaya Simeone yang sebenar -- berjaya merebut gelaran LaLiga pertama dalam menamatkan kemarau tujuh tajuh tanpa muncul sebagai juara liga.

Menjelang kempen 2021-22, laporan di Sepanyol menunjukkan bahawa Simeone ingin sekali lagi menghubungkan dengan penyerang Perancis itu, tetapi ketua pelatih Atleti tampaknya tidak ingin menimbulkan sebarang spekulasi yang terlalu banyak ketika ditemubual Marca.

"Saya mahukan yang terbaik untuknya dan saya harap dia akan berjaya di Barcelona", katanya.

"Dia berada di kelab yang luar biasa dan Antoine adalah pemain yang lengkap. Dalam Euro 2020, dia sekali lagi membuktikan bahawa dia dapat memberikan banyak [kepada pasukan] tanpa mengira di mana dia beraksi. Tetapi hari ini, dia tidak bersama kami. Saya hanya berharap yang terbaik untuk pemain yang memberikan saya segalanya."

Griezmann berada dalam prestasi yang baik dalam Euro 2020, walaupun tersingkir daripada pusingan 16 kepada Switzerland. Dia mencipta lebih banyak peluang (10) daripada rakan sepasukannya ketika pasukan kendalian Didier Deschamp tersingkir lebih awal daripada yang dijangkakan.