Barcelona membuat kesilapan kerana tidak menjual kapten, Lionel Messi, pada permulaan musim, menurut Rivaldo.

Messi bakal kehabisan kontrak pada penghujung musim dan pemenang Ballon d'Or winner enam kali itu dijangka bakal dilepaskan secara percuma dan telah kuat dikaitkan dengan Paris Saint-Germain (PSG) dan Manchester City.

Penyerang berusia 33 tahun itu telah cuba untuk meninggalkan Nou Camp pada permulaan musim 2020-21 sebelum memilih untuk kekal bersama gergasi LaLiga.

Ketika Barca bergelut secara kewangan ekoran pandemik coronavirus, bekas bintang, Rivaldo, berkata, "Barcelona tidak berada dalam keadaan baik secara kewangan sebelum pandemik coronavirus, tetapi keadaan menjadi buruk pada tahun lalu dan di sebalik Lionel Messi yang mahu meninggalkan kelab penghujung musim ini, kelab mungkin perlu menjual beberapa pemain yang lebih penting untuk menjana pendapatan.


"Seperti yang saya nyatakan sebelum ini, kelab telah membuat kesilapan kerana tidak menjual Lionel Messi ketika dia masih dalam kontrak, sesuatu yang dilakukan Real Madrid dengan Cristiano Ronaldo menerima sekitar EURO100 juta sebagai pertukaran [daripada perpindahan ke Juventus].

"Sungguh menyedihkan apabila melihat pemain berbakat dan berharga meninggalkan Barca secara percuma ketika kelab ini mengalami banyak masalah kewangan.

"Tetapi melihat perpindahan yang mungkin berlaku, saya berasakan waktu Phillipe Coutinho mungkin akan berakhir. Dia mempunyai peminat di England dan mungkin Barcelona dapat menjana pendapatan yang baik daripada penjualannya, yang memungkinkan mereka menjaga pemain lain seperti Ousmane Dembele dan Antoine Griezmann dapat dikekalkan.

"Pemain kelahiran Brazil itu tidak pernah beraksi cemerlang di Sepanyol, dan aksi terbaiknya adalah ketika beraksi dalam Liga Perdana Inggeris (EPL)."

Barca di tangga ketiga dan ketinggalan 10 mata di belakang pendahulu, Atletico Madrid, ketika membuat persiapan bertemu Athletic Bilbao esok.

Athletic mengejutkan Messi dan Barca dalam aksi final Supercopa de Espana awal bulan ini.