Sheringham: Mentaliti Pogba tidak secocok Manchester United

Shaiful Shamsudin
Mei 26, 2020 23:54 MYT
Manchester United perlu menjual Paul Pogba dan membawa masuk pemain yang mempunyai 'mental dan kemahuan yang tepat', menurut bekas penyerang kelab itu, Teddy Sheringham.
Kelibat bintang tengah Perancis itu dibatasi dengan tujuh penampilan Liga Perdana Inggeris (EPL) sahaja musim ini ekoran kecederaan kaki dan pergelangan kaki.
Pemenang Piala Dunia 2018 itu kembali berlatih di Carrington dan diharapkan dapat memainkan peranan besar jika kempen 2019-20 disambung seperti yang dirancangkan susulan penangguhannya angkara krisis novel koronavirus (Covid-19).
Masa depan Pogba di Old Trafford masih samar-samar apabila Real Madrid dan Juventus terus dikaitkan dengan perpindahan pemain berusia 27 tahun itu.
Sheringham, anggota penting dalam skuad The Red Devils itu ketika menjulang tiga gelaran utama pada 1998-99, berpendapat bahawa skuad itu harus memanfaatkan penjualan pemain termahal tersebut dengan membawa pemain yang lebih mirip bekas ketua pasukan, Roy Keane.

"But they never give in – and that’s what won it.” - Sir Alex Ferguson. Today marks the anniversary of that magical night in 1999 – Ole's injury-time goal won us the #UCL to complete the Treble. History was made. ✨???✨ pic.twitter.com/nMlXqtDJyw

— Manchester United (@ManUtd) May 26, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Pemain dan kapten menjadi sebutan," katanya kepada Sky Sports.
"Ketika perkara tidak berjalan dengan lancar pada era kami, Roy Keane tampil memperbaikinya. Dia akan mendorong pasukan, dia akan membangkitkan kami dan memastikan kami bersuara dalam setiap perlawanan kerana itulah kemahuannya.
"Ketika anda melihat Pogba, ya, dia mungkin pemain yang berbakat tetapi adakah dia memiliki mental yang serupa? Adakah dia benar-benar boleh memacu dan membuat Manchester United keluar daripada pergolakan tatkala situasi menjadi sukar? Bagi saya jawapannya adalah tidak.
"Dia mencetuskan aura yang salah sebagai pemain Manchester United. Ya, adalah bagus untuk bersikap sombong pada waktu yang tepat, Dwight Yorke juga mempunyai senyuman lebar di wajahnya ketika dia beraksi.
"Tetapi Yorke mempunyai kemahuan untuk lakukan perkara yang betul pada masa yang tepat. Dia harus memilikinya dan saya berasakan Paul Pogba tidak menunjukkannya.
"Dia harus pergi untuk membenarkan kelab membawa seseorang yang mempunyai mentaliti dan kemahuan yang tepat bagi mengeluarkan Manchester United dari kedudukan sekarang."
#Manchester United #Paul Pogba #Teddy Sheringham