Sheffield United catat rekod terburuk dalam EPL

Muzaffar Musa
Januari 3, 2021 03:02 MYT
Sheffield United menjadi pasukan pertama dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) gagal mencatatkan sebarang kemenangan dalam 17 perlawanan musim ini apabila tewas 0-2 kepada Crystal Palace lewat malam tadi.
The Blades sebelum itu menyamai rekod terburuk yang dilakukan Queens Park Ranger ketika tewas 0-1 kepada Burnley dalam perlawanan lalu untuk merekodkan 16 perlawanan tanpa kemenangan.
Skuad kendalian Chris Wilder itu kemudian memegang rekod tanpa kemenangan terburuk gara-gara kekalahan terbaru di tangan Palace.
United, yang hanya meraih dua mata musim ini, menjadi pasukan pertama dalam liga divisyen utama England itu mencatatkan rekod terburuk berkenaan sejak Bolton Wanderers melalui 22 perlawanan tanpa kemenangan dalam musim 1902-03.
Jeffrey Schlupp membuka jaringan awal di Selhurst Park sebelum pemain gantian, Eberichi Eze, menggandakan kelebihan Palace menerusi gerakan solo menariknya pada minit keenam waktu kecederaan babak pertama.

2 - Both of Eberechi Eze's Premier League goals for Crystal Palace have come from outside the box, with only James Ward-Prowse (3) netting more from range this season. Class. #CRYSHU

— OptaJoe (@OptaJoe) January 2, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Jaringan Schlupp itu turut bermakna The Blades gagal merekodkan sebarang perlawanan tanpa dibolosi sepanjang musim 2020-21 dan ia berlarutan menjadi 20 perlawanan berturut-turut jika dihimpunkan bersama perlawanan musim lalu -- jumlah sama rekod tanpa kemenangan mereka.
Palace turut dibolosi sepanjang 15 perlawanan EPL, rekod kedua terpanjang dalam divisyen itu, namun berhasil menafikan saingan United untuk menambahkan lagi duka pasukan pelawat itu.
>
#Crystal Palace #Sheffield United #Liga Perdana Inggeris